Ahad, 13 Februari 2011

RENTETAN CERITA KU

SALAM SEMUA.. DAN SELAMAT TENGAHHARI...

hari ini aku rasa yang teramat sedih sekali.... aku mempunyai 4 orang adik beradik bermula dari abang ku .... beliau seorang driver kepada CEO dari salah sebuah syarikat di ibu kota ... kemudian aku mempunyai kakak yang mana sekarang ini telah bergelar Datin dan akhir skali aku mempunyai seorang adik bongsu lelaki dia kemanjaan mak n abah ...aku anak ketiga dalam adik beradik.... aku serta adik mengusahakan syarikat abah yang mana syarikat kami menyediakan atau memberi perkhidmatan pembersihan di gudang-gudang di sekitar sini....

kesedihan ini bermula pada pagi tadi yang mana aku berdiskusi bersama abah serta adikku aku dimaklumkan bahawa adikku akan pergi ke Terengganu bersama Kakak ku.... aku rasa tidak puas hati kerana baru minggu lepas Adik serta kakak ku pergi ke Singapore selama 1 minggu dan meninggalkan beban kerja atas bahuku seorang... dan aku pun meluahkan perasaan yang tidak kepuasan hati atas apa yang berlaku ....tujuan aku meluahkan ketidak puasan tersebut adalah kerana aku kasihan melihat abah terpaksa turun padang ketempat-tempat kerja bagi menggantikan tempat adik.... rupanya segala keluhanku dan ketidak puasan hati ku tidak disokong oleh abah tidak ku sangka abah ku sanggup menyebelahi adik serta kakakku... aku terdiam terkesima atas tindakan abah... aku tidak sangka sama sekali abah begitu rupanya... aku bertekad untuk tidak bersuara lagi kerana bagi pendapatku segala apa yang aku buat dan aku pertahankan tidak dihargai.... biarlah apa nak jadi mungkin selepas ini baru mereka sedar kesilapan mereka.....dan andainya aku berkata lagi mungkin mereka menganggap aku inie "Dengki". aku terlalu kecewa dengan sikap Abah....

3 ulasan:

  1. wahai hijab sang puteri...banyakkan bersabar..ada kala nyer kita perlu terima hakikatnyer...mungkin allah ingin menguji kekuatan dan keikhlasan kita..seteruk mana pun mereka kita kena ingat, mereka itu ahli keluarga kita...

    BalasPadam
  2. salam
    saya dh tukar blog yg baru
    susuk-emas.blogspot.com
    blog yg asal ade masalah teknikal
    terima kasih

    BalasPadam
  3. Bulan terang..... terima kasih atas ingatan... kerana keluargalah saya pasrah dan redha hanya dia blog saja yang dapat saya luahkan ... terima kasih sekali lagi....

    BalasPadam