Selasa, 15 Februari 2011

Rahmatmu Ya Allah

salam sayang .. dan salam keceriaan untuk semua

esok aku akan berlepas ke langkawi .....untuk menimba ilmu allah.... semoga pemergian ku mendapat rahmat serta hidayahnya dan menjadikan aku orang yang lebih beriman dan bersyukur atas nikmat pemberiannya yang secebis dari kekuasannya .... kepada semua yang membaca blogku harap menunggu kepulangan ku dan sudah semestinya pelbagai coretan akan ku hiasi di blogku ini...

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul kepada semua

Alhamdulillah....perasaan ku ketika ini tidak sedih lagi....dan aku x mau mengingati apa yang terjadi pada siang tadi... apa yang penting sekarang adalah aku nak keluar makan ... hahahahahah ermmm tempat dan lokasi tidak ditetapkan lagi.... tapi kawan-kawa semua jangan salah paham aku tidak pernah sesekali menyambut hari kekasih..... sbb aku keluar dengan keluargaku... mungkin mak n abah tahu kot yang aku terasa tadi n malam nie mereka ajak keluar makan .... x perlah aku pun dah lupakan segala yang terjadi siang tadi aku malas membebankan otak aku dengan masaalah yang remeh temeh nie cuma tadi jer aku jadi sensitif pulak.....macam tu lah aku setiap kali ada masaalah... aku akan terasa cuma sekejap selepas itu aku akan jadi seperti biasa semula....

kepada semua pembaca dan kawan-kawan "Salam Maulidur Rasul Untuk semua" hayatilah perjuangan Nabi kita semoga kita adalah golongan-golongan yang di rahmati Amin ......

Jumpa lagi ... esok "Senyum Selalu"

Ahad, 13 Februari 2011

RENTETAN CERITA KU

SALAM SEMUA.. DAN SELAMAT TENGAHHARI...

hari ini aku rasa yang teramat sedih sekali.... aku mempunyai 4 orang adik beradik bermula dari abang ku .... beliau seorang driver kepada CEO dari salah sebuah syarikat di ibu kota ... kemudian aku mempunyai kakak yang mana sekarang ini telah bergelar Datin dan akhir skali aku mempunyai seorang adik bongsu lelaki dia kemanjaan mak n abah ...aku anak ketiga dalam adik beradik.... aku serta adik mengusahakan syarikat abah yang mana syarikat kami menyediakan atau memberi perkhidmatan pembersihan di gudang-gudang di sekitar sini....

kesedihan ini bermula pada pagi tadi yang mana aku berdiskusi bersama abah serta adikku aku dimaklumkan bahawa adikku akan pergi ke Terengganu bersama Kakak ku.... aku rasa tidak puas hati kerana baru minggu lepas Adik serta kakak ku pergi ke Singapore selama 1 minggu dan meninggalkan beban kerja atas bahuku seorang... dan aku pun meluahkan perasaan yang tidak kepuasan hati atas apa yang berlaku ....tujuan aku meluahkan ketidak puasan tersebut adalah kerana aku kasihan melihat abah terpaksa turun padang ketempat-tempat kerja bagi menggantikan tempat adik.... rupanya segala keluhanku dan ketidak puasan hati ku tidak disokong oleh abah tidak ku sangka abah ku sanggup menyebelahi adik serta kakakku... aku terdiam terkesima atas tindakan abah... aku tidak sangka sama sekali abah begitu rupanya... aku bertekad untuk tidak bersuara lagi kerana bagi pendapatku segala apa yang aku buat dan aku pertahankan tidak dihargai.... biarlah apa nak jadi mungkin selepas ini baru mereka sedar kesilapan mereka.....dan andainya aku berkata lagi mungkin mereka menganggap aku inie "Dengki". aku terlalu kecewa dengan sikap Abah....

CERITA AKU

Salam kepada semua... salam perkenalan dan salam persahabatan....

Sebenarnya hijab sang puteri nie tidaklah begitu pandai dan teror nak bercerita cuma... aku rasa teruja sesangat pada hari ini dan ingin berkongsi cerita serta pengalaman yang aku rasai...

Hari ini aku mempunyai seminar yang telah ditetapkan oleh Bossku, seribu satu persoalan menghantui benak fikiran ku... "adakah seminar nie best?.... boring ker... atau hanya sekadar mengisi kedatangan sahaja?" kerana aku tidak mengetahui apa yang bakal terjadi kelak.... segala andaian dan tekaan aku semuanya meleset... tidak seperti yang dijangkakan... rupa-rupanya seminar yang aku hadiri adalah seminar yang tidak dapat aku perolehi di shopping-shopping kompleks dan di pawagam-pawagam yang ada di sekitar sini....

terlalu banyak benda yang menarik aku pelajari....hinggakan aku terlupa seketika kepada duniaku... disebabkan terlalu khusyuk memperlajari ilmu.... disaat dan ketika itu juga aku terfikir alangkah bodoh dan ruginya aku sekiranya melepaskan peluang ini... Alhamdulillah Allah telah memilih aku untuk menghadiri seminar ini walaupun pada mulanya terdapat bermacam-macam halangan..... setelah selesai seminar tersebut aku menjadi lebih peka dalam semua aspek......

itulah cerita aku pada hari ini.....

Sabtu, 12 Februari 2011

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

lagu ini mengingatkan aku betapa kerdil nya kita sebagai seorg manusia biasa yg tidak mempunyai apa..... kenapa kita harus mencari kesalahan setiap manusia sedangkan kita pun tidakpernah sempurna... sebb kesempurnaan adalah bukan milik kita......kita hanya dipinjamkan sedikit dari kesempurnaan itu....

Manusia

Manusia yang lemah tidak akan sentiasa lemah.... dan jangan sesekali memandang rendah kepada mereka-mereka ini kerana sekiranya mereka ini dibimbing dengan sempurna maka mereka akan menjadi lebih sempurna dari kita..... maka berbuat baiklah kepada semua .....
51-kidcrying in 40 Captivating Photos That Depict Human Emotion
sumber dari http://www.smashingmagazine.com/